Hari Kedua: Misi mencari shinkansen

Harini hari pertama aku pakai Kansai-Hiroshima Area Pass dan tempat pertama yang aku nak tuju harini ialah ke Hiroshima! Kitaorang bertolak awal… sebelum pukul 6am dah keluar rumah. Disebabkan nak pakai pass ni sepenuhnya, aku dan kawan-kawan tak payah beli tiket train apa-apa lagi dan hanya perlu tunjuk pass kat kaunter ‘gate ticket’. Tapi sebelum tu aku teringat yang pekerja HIS KL kata pass aku ni hanya boleh naik ‘unreserved seat’ dalam shinkansen. Kalau nak dapat ‘reserved seat’ aku kena bayar duit tambahan, katanya. Disebabkan aku baca kat internet ramai kata paling elok ‘reserved seat’, jadi aku fikir aku rasa perlu tambah sikit macam orang lain upgrade ‘unreserved seat’ ke ‘reserved seat’ je kot(tambah tak sampai 500 yen).

Jadi, aku pun pergi ke JR office kat dalam station.

Mula-mula aku tanya reserved seat ada lagi ke untuk pergi ke Hiroshima… dia kata sold out semuanya.

Bila dia cakap ‘sold out’, aku dah risau dah sebab kalau ‘reserved seat’ dah sold out… tu maknanya mesti dah penuh. Kalau ‘reserved seat’ penuh, ‘unreserved seat’ apatah lagi.

Lepastu aku tanya kalau dari Hiroshima balik ke sini macammana pulak. Dia pun cek² dan kata ada available.

Selepastu, aku pun tunjukkanlah pass.

Dia pun dengan baiknya terangkan kat aku yang pass aku ni tak boleh duduk ‘reserved seat’. Kalau nak, aku kena bayar penuh katanya.

Pulak dah. Mungkin aku yang salah faham masa pekerja HIS KL terangkan haritu.

Jadi, aku pun terpaksalah naik ‘unreserved seat’ dan aku terangkan kat kawan-kawan aku kemungkinan kita dapat seat ataupun tak sebab seat macamni dia ala-ala ‘siapa cepat, dia dapat’. Bertabahlah korang.

OK, aku nak kongsikan tips macammana korang nak cari train yang korang nak naik:

  • Mula-mula cek hyperdia.com (korang masuk website, jangan masuk apps).
  • Tuliskan station pergi dan balik… macam aku, dari Tennoji nak ke Hiroshima(pastikan tarikh dan waktu tu betul sebelum tekan ‘search’).
  • Dia akan tunjukkan paling kurang 5 jenis perjalanan train yang kita boleh pilih dan aku pilih yang bawah ni sebab train² yang ni je yang terima pass aku(tiada penambahan apa-apa).

Disebabkan sesetengah train station Jepun ni ada lebih kurang 30 track(LRT kita ada 2 je) korang kena pastikan kat track nombor berapa yang korang kena tunggu. Seperti contoh kat atas, departure track aku berada di track nombor 18. Jadi, aku kena cari dan berlari secepat mungkin ke track no. 18 sebelum pukul 7:01 am.

Selain daripada nombor track, korang kena pastikan jugak train tu bertolak pukul berapa sebab train kat Jepun ni tersangatlah menepati masa. Dia akan bertolak tepat pada waktu yang dia bagi. Yang aku tahu, kalau train lambat seminit dua, pekerja dia termasuk pilot² train ni akan minta maaf bersungguh-sungguh kat depan penumpang. Kalau lambat sejam, kata-kata maaf diaorang akan keluar kat TV, ok. Kalau orang kita takdenya nak minta maaf tapi tanya pulak “Dah lama sampai?”… haha!

Macammana perjalanan aku dan kawan-kawan ke Hiroshima? Adakah kitaorang dapat tempat duduk masa naik shinkansen ke Hiroshima? Kisah selanjutnya akan bersambung….


Hari Pertama : KIX Airport… Pass Yang Perlu Dibeli

Konnichiwa!

Akhirnya berjaya jugak aku jejakkan kaki ke negara Jepun ni(16 November). Sebenarnya sebelum ni aku plan nak ke Pulau Jeju tapi disebabkan banyak benda yang tak mampu diuruskan sendiri, terus tangan ni gatal book tiket ke Jepun terus. Setahun awal jugaklah beli tiket untuk ke Jepun ni.

Masa nak buat itinerary ke Jepun ni, aku dah boleh rasa macam susah je sebab banyak benda yang perlu dibaca, difahami dan dibeli sebelum bertolak ke sana. Lepastu, pass dia punyalah banyak jenis. Tu belum lagi tahu cara naik train dia. Baru nak cari detail pasal train, ramai pulak yang kata sistem train Jepun ni sangatlah memeningkan kepala. Aku dah down dah masatu… tapi lama-lama aku buat-buat faham sendiri. Nasib baik beli tiket awal SETAHUN!

Masa aku sampai KIX airport(Osaka), aku terus uruskan pembelian pass yang aku nak beli. Mula-mula sekali aku tukarkan Kansai-Hiroshima Area Pass. Aku beli pass ni kat HIS Malaysia, KL. Tapi bila sampai airport, kita perlu tukarkan MCO(tukarkan kertas yang mcm cek tu) dan ‘activate’ pass kita. Macam aku, disebabkan aku sampai ke tempat kediaman dalam waktu petang, aku rasa eloklah aku ‘activate’ pass ni keesokan harinya… maknanya hari yang aku nak keluar berjalan seharian. Lagipun, masa hari pertama sampai, aku tak plan nak berjalan kemana-mana pun.

Selepas tu, aku beli tiket Sagano Romatic train kat kaunter yang aku beli Kansai-Hiroshima Area pass tadi. Saje je nak beli awal sebab rasa macam malas pulak nak beratur panjang kat Arashiyama nanti.

Selepas selesai ambil kedua-dua tiket tadi, aku terus pergi ke pejabat pos dan ambil pocket wifi yang aku order. Sebenarnya nak beli masa dah dekat² nak pergi tapi disebabkan pocket wifi yang aku nak tu ramai kata cepat habis stok kalau order kurang dari sebulan, tu yang order awal. Alhamdulillah memang pocket wifi tu antara keperluan yang sangat penting kat Jepun ni sebab aku dah plan nak guna google map je kalau tersesat nanti.

Tiba-tiba “kruk…kruk…kruk”… perut dah berbunyi dah. Tapi ada 2 pass lagi yang aku belum beli. Pass yang ni pulak dia kat tempat lain… beli kat tingkat bawah. Masa turun tangga, aku dah fikir dah… mesti ramai orang ni. Bila dah sampai kaunter, punyalah panjang orang beratur(kan betul!). Kali ni aku nak beli Osaka Amazing Pass dan Kobe City Loop Bus pulak.

OK, semua dah cukup… sekarang nak pergi Tennoji station pulak(aku dok Airbnb kat area situ). Disebabkan aku taknak pakai Kansai-Hiroshima Area Pass tu, terpaksalah beli tiket biasa kat mesin tiket dia. Lagi sekali, terpaksa beratur panjang jugak. Takut juga kalau berdiri lama kat mesin tiket tu… maklumlah ni baru 1st time. Alhamdulillah… semua berjalan lancar.

Sorrylah, aku takde gambar untuk tunjukkan aktiviti hari pertama ni. Sibuk sangat beli tiket dan pass sampai tak teringat nak ambil gambar. Ni aku nak kongsi pengalaman hari pertama sikit:

 

  • Kalau korang nak travel naik Shinkansen area Kansai, dia ada bermacam-macam jenis pass yang boleh dibeli. Disebabkan aku dan kawan-kawan nak pergi Hiroshima, Kansai-Hiroshima Area Pass lah yang menjadi pilihan. Kalau korang nak berjalan sampai Tokyo, bolehlah beli JR Pass. Yang penting, korang tetapkan tempat yang nak dituju dulu, selepas tu barulah cari pass yang sesuai.
  • Bila dapat baki duit syiling 500 yen, tengok betul-betul samaada tu duit Jepun ataupun Korea. Tolong cek depan² cashier sebelum korang tinggalkan kaunter. Aku dan seorang kawan dah terkena sekali(terutamanya pembelian di airport) 🙁

8cdb186443833259602fba8297bb24d7

kiri: 500 won(RM1.90); kanan: 500 yen (RM19)

beza 10x ganda… uwaaaa 🙁

  • Mesin tiket train JR ada bahasa Inggeris tapi takde tunjuk destinasi tempat yang nak dituju. Dia hanya tunjuk berapa harga tiket yang kita nak beli. Jadi, pastikan korang tau harga tiket sebelum korang beli ye. Tapi biasanya kat signboard tepi mesin, dia ada bagitau berapa harga tiket untuk ke station² tertentu.
  • Orang Jepun tak berubah muka kalau korang bagi duit kertas 10,000 yen walaupun barang yang nak dibeli tu harga 100 yen. Diaorang senyum lagi ada la dan sepanjang trip aku kat Jepun, diaorang TAK pernah minta duit kecik! Biasanya diaorang akan tunjukkan baki duit satu-persatu kat kita. Waktu tulah korang cek syiling 500 yen tu betul².  Kalau dia tak tunjukkan baki duit kita satu-persatu, dan terus bagi duit sekali banyak, tolong rasa was-was sikit yang duit yang kita dapat tu betul ataupun tak(terutamanya 500 yen!!).
  • Kalau korang ada soalan yang nak ditanya pada orang Jepun, siapkan soalan dalam kanji atau tulisan Jepun ye(boleh guna google translate ataupun tunjuk gambar tempat). Walaupun banyak signboard sekarang dah ditulis dalam bahasa Inggeris, diaorang susah nak faham apa yang kita tanya kalau kita berbahasa Inggeris(walaupun diaorang masih nak tolong kita bersungguh-sungguh). Bila tunjuk tulisan kanji, barulah nampak wajah diaorang seolah-olah kata “Ni kacang je!” dan senang nak bantu kita 😀

Masa sampai Tennoji station, host aku dah tunggu aku dan kawan-kawan sebab dia nak tunjukkan jalan ke rumah dan terangkan peraturan rumah dia. Yang ni pun aku takde gambar. Nampak sangat hari pertama adalah hari yang memenatkan sampai tak teringat nak ambil gambar… hehe!! Walaupun terlalu banyak benda yang perlu diuruskan masa hari pertama, semuanya berjalan lancar jek. Kecuali masa sampai Tennoji station, waktu tu aku blur sikit sampai taktau nak keluar ke mana.


4 Produk Yg Digunakan Untuk Menghilangkan Jerawat Nasi

Harini aku nak kongsikan produk apa yang aku gunakan untuk menghilangkan jerawat nasi kat dahi. Walaupun jerawat ni nampak tak ketara sangat, tapi kita mesti rasa kurang selesa bila jerawat tu tak kering-kering. Jerawat nasi ni bila dia kering, dia tak memberi apa-apa kesan kat kulit kita pun. Tapi sekali dia tumbuh, dia akan tumbuh dengan sangat banyak.

98a23b758618f3366de0296cb5e87938

Jerawat nasi

blog-016

CUCI MUKA

Gunakan Cetaphil Gentle Cleanser untuk membersihkan muka pada waktu siang dan malam.

Caranya dengan pastikan kulit dalam keadaan kering dan sapukan cetaphil pada seluruh muka(1 pam). Kalau boleh biarkan krim cetaphil tu terlebih sikit… supaya senang untuk kita mengurut muka. Biasanya krim cetaphil tu akan bertukar warna putih kalau kulit kita betul-betul kering(waktu nilah kotoran di muka akan dibersihkan). Selepas mengurut muka beberapa minit, lapkan muka dengan kapas dan akhir sekali basuh muka dengan air bersih sehingga kesan cetaphil tu hilang.

PELEMBAP

Gunakan Simple Hydrating Light Moisturiser untuk melembapkan kulit.

Caranya dengan pastikan kulit kita dalam keadaan lembap(3 minit selepas membasuh muka) dan sapukan pelembap ni di tapak tangan dan gosok-gosokkan tangan seketika. Kemudian tepuk-tepukkan pelembap tu ke seluruh muka secara lembut sehingga kita rasa pelembap tu dah meresap ke kulit kita.

PRODUK UTAMA(waktu siang)

Gunakan Safi Fair Beauty sebelum bermekap atau memakai sunblock.

Caranya dengan menyapukan krim ini ke seluruh muka secara rata. Aku dapat krim ni secara percuma masa beli barang Safi dulu. Disebakan krim ni mengeringkan kulit sedikit, jangan lupa pakai pelembap sebelum memakai krim ni. Krim ni antara produk utama yang boleh mengurangkan jerawat nasi(kat produk tak tulis…ini pendapat aku sendiri) sebab dia mengandungi AHA. Kalau korang berkulit sensitif, mungkin akan rasa pedih sedikit masa pakai krim ni.

PRODUK UTAMA(waktu malam)

Gunakan OXY 10(jangan gunakan OXY 5 atau selain daripada OXY 10)

Caranya dengan menyapukan krim ni terus ke jerawat nasi. Kalau ada jerawat nasi kat seluruh dahi, sapukan ke seluruh dahi sahaja. Kalau ada kat dagu, sapukan kat dagu sahaja. Gunakan sebelum tidur.

blog-018

Inilah antara cara aku menghilangkan jerawat nasi kat dahi. Akhir sekali, jangan lupa minum air masak  2-3 liter sehari.

Ada yang nak kongsikan tips lain selain yang ni? 🙂


15 lagu yang dipilih secara rawak

Harini saya nak kongsikan 15 lagu yang saya dengar selepas klik “shuffle” dari ipod. Disebabkan saya dengar lagu terus dari komputer(takde ipod)… saya rasa cara dia masih sama jugak, kan. Ok, tanpa berlengah lagi mari kita tengok lagu² yang terpilih: (more…)


Diary| Kenangan bersama si Putih

Siapa yang tak suka kucing? Kalau ada yang kata ‘tak suka’ pun maksud diaorang sebenarnya bukan benci tapi geli. Rasanya dah lama tak bela kucing semenjak anak buah ramai ni. Maklumlah, budak-budak takleh dekat dengan kucing. Nanti dia pijaklah, tarik ekorlah, campaklah walaupun bila tanya “Sayang kucing tak?”, jawapan mesti kata “Sayanglah, sebabtu adik buat dia macamtu”…ERK!Kucing putih didalam gambar ni suka datang ke rumah sebab bonda dia lahirkan dia kat sini. Sampai terpaksa beli biskut kucing sebab dia tak reti cari makanan Dia tak reti berjalan-jalan kat luar lagi. Mungkin sebab banyak sangat anjing liar. Keje dia makan, tidur dan bergurau tak tentu masa. Selalu jugak marah dia sebab suka menyakat orang tapi dia macam takde perasaan. Lama-lama rasa sayang tu timbul walaupun tuan dia asyik membebel jek.

Masa ni saje je ambil gambar dia. Dia baru je bangun tidur.

Gambar dari dekat

Lepastu sambung buat keje(bergambar). Dia pulak dah macam dahagakan perhatian. Bila dah sekali layan, dia pun datanglah kat kita….

Posing sambil duduk sopan…hihi!!

Gaya gedik…ewah!!

Kucing ni Farah panggil dia ‘baby’ tapi kadang-kadang tersasul panggil ‘adik’. Tapi saya suka panggil dia ‘Putih’ jek 🙂 Harini Putih dah takde kat rumah sebab ada orang ambil dia dan bela dia sebaik mungkin. Inilah kenangan terakhir saya dengan si Putih.


Tentang 5 (Anime Movie)

Kalau ada masa lapang, saya suka tengok ‘anime movie’ sebab jalan cerita ‘movie’nya biasanya tidak mengambil masa yang terlalu lama, lepastu sarat dengan pengajaran yang kadang² buat kita tak terfikir pun. Saya jarang tengok anime yang bersiri sebab takut nanti tak jadi buat kerja lain. Antara ‘anime movie’ yang saya suka majoritinya dari karya Hayao Miyazaki(tapi sekarang dia dah bersara). Dia bapak segala anime sebab bagi peminat anime tak sah kalau tak kenal dia. Harini saya nak kongsikan lima ‘anime movie’ yang saya minat yang mungkin korang boleh tengok bila ada masa lapang. Tapi movie Hayao Miyazaki takde dalam list sebab boleh dikatakan semua movie dia saya suka. Kat bawah ni saya listkan movie dari karya orang lain yang buat saya tak jemu tengok lebih dari sekali.

mjxvg0Bzc11qz4rgp

Hotarubi no Mori e

{Watak utama dalam movie ni selalu nak elak diri daripada disentuh… tengoklah movie ni sampai habis kenapa wataknya sebegitu}

FLA-31

5 centimeters per second

{Tajuknya diambil dari masa pergerakan bunga sakura jatuh ke tanah- ‘movie’ ni sangat deep dan saya suka tengok bila mood saya tak baik}

81s6bqo7o7_540

The Garden of Words

(Jalan cerita movie ni agak perlahan tapi disebabkan lukisan animenya yang sangat² cantik… buat saya terpegun dan tak jemu tengok movie ni sampai habis}

ne8iz3lxQa1tyak95o1_500

Wolf Children

{Kisah menyayat hati seorang ibu yang tabah dan cekal membesarkan anak-anaknya yang unik}

ovQViO1rfx24fo1_400

Colorful

{Movie ni buat saya termenung panjang… kita boleh rasa macammana perasaan seseorang yang ingin nak bunuh diri tapi movie ni dia ubah fikiran orang yang nak bunuh diri tu ke arah yang lebih baik}